dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Santai Sihat Gunung Keriang

4 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan sebagai program sihat atau riadah dan menyemai cintakan alam semulajadi disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara staf PI dan Pejabat Penghulu Mukim Gunong bersama-sama Pejabat Daerah Kota Setar di Gua Gunung Keriang.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 3 Mac 2016 (8.30 Pagi)
Tempat : Gua Gunung Keriang
Anjuran : PI Gunung Hilir dan Pejabat Penghulu Mukim Gunong
Kehadiran : Belia dan dewasa

Tujuan Program diadakan :

  • Sebagai program sihat dan menyemaikan diri cintakan alam semulajadi
  • Memperkenal dan mempromosikan kawasan eko pelancongan Gua Gunung Keriang yang akan dibuka kepada umum.
  • Komuniti mendapat pendedahan tentang keindahan alam semulajadi dan mendidik supaya menghargai tanpa melakukan vandalisma.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama yang erat antara staf PI dan Pejabat Daerah Kota Setar.

Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :

  • Penerangan oleh Pejabat Daerah Kota Setar mengenai Gua Gunung Keriang dan peraturan yang perlu dipatuhi.
  • Sesi memanaskan badan sebelum pendakian dilakukan untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
  • Pendakian melalui menara 8 tingkat sebelum melalui jambatan untuk naik ke gua.
  • Melalui lima laluan checkpoint dan dapat menikmati pemandangan didalam gua yang menarik dan tersergam indah.
  • Jamuan makan tengahari disediakan bersama peserta yang terlibat setelah tamat sesi pendakian.
  • Sesi bergambar turut diadakan sebagai kenangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.