dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sambutan Hari Merdeka Bersama Tabika KEMAS Gelong Air

28 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-58, PI Gunung Hilir telah menganjurkan sambutan kemerdekaan bersama Tabika Kemas Gelong Air yang diiringi oleh guru-guru tabika. Aktiviti yang telah diadakan adalah membuat kolaj bendera yang telah disediakan mengikut arahan yang diberikan. Ia bertujuan untuk menanam semangat kemerdekaan dengan mengenali warna-warna yang ada pada bendera Malaysia. Para waris tidak turut ketinggalan mengikuti aktiviti melibatkan asas komputer didalam bilik training sementara menantikan anak-anak mereka bertanding. Kehadiran Penghulu Mukim, En. Huzaimi Bin Abd Ghani dalam penyampaian hadiah kepada setiap pemenang dan program berakhir dengan jamuan ringan.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti:

Hari : Khamis
Tarikh : 27 Ogos 2015
Tempat : Pusat Internet Gunung Hilir
Kehadiran : 35 orang

Tujuan: Program diadakan:-

• Meraikan Sambutan Kemerdekaan yang ke-58
• Memperkenalkan PI Gunung Hilir dan perkhidmatan yang ditawarkan
• Memupuk minat terhadap penggunaan ICT dalam kehidupan seharian
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti dan staf PI

Berikut antara perlaksanaan aktiviti:

• Pengenalan PI & taklimat KDB
• Pertandingan Membuat Kolaj
• Pengenalan Asas Komputer & Internet

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.