Hari Belia Negara 2016 Peringkat Negeri Kedah Kerjasama Mcmc Nro Bersama Kluster Kubang Pasu Dan Kota Setar
8 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Sempena “Hari Belia Negara di Jubli Emas” satu program Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan dengan kerjasama MCMC NRO bersama PI Kluster Kubang Pasu dan Alor Setar bertujuan untuk mempromosi Program Klik Dengan Bijak kepada komuniti belia yang hadir ke ‘Booth SKMM’. Pelbagai informasi dan permainan berkaitan KDB dianjurkan serta perkhidmatan pertanyaan mengenai peranan SKMM dan juga cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir. Selain itu, kami juga menyediakan pelbagai cenderahati untuk pengunjung yang hadir. Artis jemputan Lan Kristal juga hadir memeriahkan program KDB dengan membincangkan beberapa tips dan isu yang berguna ketika melayari laman sesawang internet disamping mempromosikan program berkenaan.
Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 6 & 7 Mei 2016 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
Tempat : Jubli Emas, Suka Menanti
Kehadiran :
• Datuk Ahmad Bashah Bin Md Hanipah ( Menteri Besar Kedah )
• YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar ( Menteri Belia dan Sukan )
• Razlan Kristal ( Vokalis Kumpulan Kristal )
• Komuniti Setempat
Tujuan Program diadakan :
Program ini dijalankan supaya komuniti mendapat pendedahan tentang Program Klik Dengan Bijak serta memperkenalkan fungsi dan peranan SKMM dan PI dengan lebih luas. Merapatkan hubungan antara PI dengan orang ramai supaya lebih terdedah dan memahami peranan PI kepada komuniti
Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan:
• Penerangan oleh staf PI tentang peranan SKMM dalam masyarakat.
• Taklimat mengenai Program KDB oleh artis jemputan untuk mempromosikan ‘Kempen Klik Dengan Bijak’ kepada orang ramai.
• Pelbagai permainan yang berasakan KDB dianjurkan kepada pengunjung supaya lebih mudah difahami tentang konsep KDB secara tidak langsung.
• Pelbagai soal jawab/kuiz KDB yang disediakan kepada pengunjung yang ingin menyertai games-games yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: