dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Intel Training & Easy Step Bersama Pusat Giat Mara Alor Setar

21 September 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan supaya komuniti mendapat pendedahan tentang program anjuran PI mengenai keusahawanan yang meliputi modul-modul yang bersesuaian dengan peringkat dan bidang para pelajar.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :

Tarikh : 19 & 20 September 2016 (Isnin & Selasa)

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Pusat Giat Mara Alor Setar
Kerjasama : Kerjasama PI Gunung Hilir, Jerlun, Pokok Sena, Napoh dan Kodiang

Tujuan Program diadakan :

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk melaksanakan program kerjasama antara Pusat Giat Mara sekitar Alor Setar bersama PI untuk membimbing usahawan muda mengenai modul keusahawanan dan kemahiran ICT selepas tamat pengajian kelak.

Berikut antara perlaksanaan aktiviti :

Program/modul yang dijalankan:

  • Pengenalan PI, taklimat KDB dan penerangan program anjuran PI serta pertandingan seperti Mykif, Video Kesihatan yang dijalankan.
  • Modul Intel mengenai keusahawanan kepada peserta seperti pengenalan, asas keusahawanan, pelan perniagaan, SWOT dan komunikasi.
  • Pendedahan modul ICT seperti membuat logo, flyers dan brochure untuk perniagaan
  • Latihan dalam kumpulan (LDK) diadakan untuk peserta memahami secara lebih mendalam dan dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk berkongsi idea dan maklumat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.