dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Pengisian Data Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

24 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Kemajuan Islam dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat telah mengadakan Bengkel Pemurnian Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI). Bengkel ini diadakan bagi tujuan penyediaan definisi variable yang dijadikan sebagai rujukan utama pengisian/pengemaskinian data sekolah agama dan KAFA ke dalam SIMPENI pada masa kini dan masa akan datang.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 23 Mac 2016 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Pusat Internet Gunung Hilir
Kehadiran : Guru Kafa Kota Setar

Tujuan Program diadakan :

  • Mengisi maklumat murid di dalam sistem pendaftaran menduduki ujian penilaian kelas kafa (upkk) bagi tahun 2016 oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
  • Hasil dapatan daripada bengkel yang diadakan ini, para peserta seterusnya akan dapat menggunakan Sistem Pendaftaran Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) dengan lebih tersusun dan mudah.

Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan :

  • Program ini adalah untuk memberikan latihan dan penerangan untuk menggunakan sistem secara atas talian untuk mengisi segala maklumat murid,
  • Memberikan latihan dan penerangan mengenai sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) kepada guru-guru KAFA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.