Webinar Bijak Berbicara Latihan Sajak Siri 2
24 Mei 2026 | Aktiviti Terkini
Pada 23 Mei 2026, Sabtu, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang, satu webinar bertajuk “Bijak Berbicara: Latihan Sajak Siri 2” telah berjaya dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri peserta melalui seni deklamasi sajak. Program yang dijalankan secara webinar di NADI seluruh Malaysia ini terbuka kepada semua peringkat umur dan disertai secara percuma kepada ahli NADI.
Sepanjang webinar berlangsung, peserta didedahkan dengan teknik penyampaian sajak yang betul seperti penggunaan intonasi suara, ekspresi wajah, bahasa badan serta kawalan nada ketika berucap. Selain itu, ia memberi peluang kepada peserta untuk mengasah bakat dan keberanian mereka dalam menyampaikan sajak secara kreatif dan berkesan.
Program seperti ini dapat membantu melahirkan individu yang lebih yakin, berani bersuara dan mampu berkomunikasi dengan baik di khalayak ramai. Webinar ini juga menjadi platform terbaik untuk memupuk minat terhadap seni bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam kalangan generasi muda.
Program diakhiri dengan sesi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang webinar berlangsung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: