Jom Cuba - Kuiz Kempen Internet Selamat 14
16 September 2026 | Aktiviti Terkini
NADI Kampung Gunung Hilir telah melaksanakan JOM CUBA – Kuiz Kempen Internet Selamat 14: “Ethical Content Sharing”: Setiap Perkongsian Ada Kesan! yang berlangsung pada 15 hingga 21 September 2026. Aktiviti ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran komuniti mengenai kepentingan mengamalkan etika dalam berkongsi kandungan di internet serta memahami kesan yang mungkin timbul daripada setiap perkongsian yang dibuat.
Kuiz ini dibuka kepada komuniti dengan sasaran penyertaan sekurang-kurangnya 20 peserta dalam tempoh seminggu. Kuiz yang disediakan mengandungi 5 soalan berbentuk pilihan jawapan berkaitan etika perkongsian kandungan di internet. Peserta turut digalakkan untuk menggunakan Google Lens bagi memudahkan proses mengakses dan menyertai kuiz yang disediakan. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu respons sahaja.
Pelaksanaan kuiz ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada komuniti mengenai amalan perkongsian kandungan yang lebih beretika, bertanggungjawab dan berhemah. Selain itu, aktiviti ini turut menggalakkan pengguna internet agar lebih peka dan berhati-hati terhadap kandungan yang dikongsi serta kesan daripada setiap perkongsian dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: