Kursus Nadi Mahir Prompt Engineer
12 September 2026 | Aktiviti Terkini
Kursus NADI Mahir Prompt Engineer merupakan salah satu inisiatif pembangunan kemahiran kecerdasan buatan (AI) di peringkat komuniti yang memberi pendedahan kepada peserta dalam penggunaan AI dan teknik menghasilkan prompt yang berkesan.
Bagi Cohort 1 Level 1, program ini telahpun bermula pada 13 Julai 2026 dan dilaksanakan secara berperingkat melalui sesi pembelajaran secara langsung serta latihan praktikal. Peserta diberikan pendedahan berkaitan asas penggunaan AI, penulisan prompt dan aplikasi AI dalam pelbagai tugasan.
Setelah melengkapkan Level 1, peserta kemudiannya melalui ujian kefahaman, saringan, tapisan dan student ranking sebelum meneruskan pembelajaran ke Cohort 1 Level 2. Bagi Level 2, peserta mengikuti kelas mingguan yang merangkumi sesi pembelajaran secara langsung, latihan praktikal dan modul pembelajaran bagi memperkukuh lagi kemahiran prompt engineering.
Program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan keupayaan menggunakan AI secara lebih terancang dan praktikal, selaras dengan usaha melahirkan bakat AI di peringkat komuniti melalui inisiatif NADI. Program percuma ini menawarkan latihan praktikal serta pensijilan AI melalui kerjasama strategik bersama Google, Universiti Multimedia (MMU) dan MIMOS Academy.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: