dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Cybersecurity Ancaman Kamera Tersembunyi, Apa Yang Perlu Anda Tahu

5 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2025, NADI X Cybersecurity telah mengadakan webinar yang bertajuk Ancaman Kamera Tersembunyi, Apa Yang Perlu Anda Tahu. Dalam webinar kalini, penceramah yang juga merupakan Jurutera Keselamatan Siber yang berpengalaman selama 14 tahun telah mengadakan demo secara langsung untuk membuktikan keadaan kamera tersembunyi kepada peserta.

Peserta juga dimeriahkan lagi dengan kuiz Kahoot untuk menguji pemahaman peserta di hujung sesi webinar. Banyak maklumat yang dibentangkan oleh penceramah untuk memastikan peserta berhati – hati di setiap tempat terutamanya di bilik hotel, tandas awam, gym, dan juga bilik persalinan pakaian di pusat beli belah kerana di tempat ini merupakan tempat ‘popular’ untuk merakam setiap aktiviti yang dilakukan tanpa disedari.

Sejajar dengan perkembangan ekonomi, kamera juga semakin canggih dan juga memiliki saiz yang lebih kecil untuk memudahkan pengguna kamera membawa kamera ke mana – mana. Walau bagaimanapun, sesetengah individu memilih untuk melakukan perkara yang tidak bermoral dengan meletakkan kamera tersembunyi di tempat awam tanpa pengetahuan orang awam. Jadi, dengan adanya webinar seperti ini dapat membuka mata komuniti untuk lebih berhati – hati ketika berada di tempat yang ‘popular’ dengan kamera tersembunyi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.