dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pameran NADI Sempena Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Dun Kota Darulaman

29 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2024, Sabtu telah diadakan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat DUN Kota Darulaman yang bertempat di Perkarangan Star Parade, Alor Setar, Kedah. Program ini bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Kota Setar .Program dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Teh Swee Leong merupakan ADUN Kota Darulaman.

Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program adalah pertandingan mewarna dan pertandingan pakaian tradisional dari Tabika KEMAS. Beberapa pengisian juga turut diadakan dari Jabatan penerangan, taklimat jenayah siber dan scammer oleh PDRM, saringan kesihatan dari Pejabat Kesihatan, pembayaran diskaun saman parkir oleh PDRM, BSN, PERKESO, Amanahraya dan KWSP.

Program ini melibatkan penyertaan NADI Kluster Kota Setar, dimana setiap bulan terdapat pelbagai program dibawah Jabatan Penerangan Alor Setar dianjurkan melalui peringkat DUN dan Parlimen bersama agensi-agensi jemputan. Ini memberi peluang kepada NADI untuk mempromosikan perkhidmatan Pintar di mana pendaftaran keahlian adalah secara percuma kepada komuniti madani, pendaftaran My Digital ID dan aktiviti Klik dengan Bijak (KDB) telah dilaksanakan sepanjang pameran kepada pengunjung yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.