dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar (Kluster Kota Setar)

30 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2024, Selasa NADI Kluster Kota Setar telah dijemput oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama pihak Sekolah Kebangsaan Mergong sempena program Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Daerah Kota Setar.

Program berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang di Dewan Ibnu Al Baitar beserta pameran NADI bersama-sama agensi yang lain iaitu JPJ dan PDRM.

Taklimat NADI disampaikan bertajuk buli siber kepada tetamu jemputan dan pelajar sekolah rendah dengan isu-isu semasa serta pencegahan dan kawalan. Pameran turut diadakan seperti saringan kesihatan, pendaftaran mydigital ID dan juga NADI-TinyTechies iaitu microbit.

Program ini dapat mewarwarkan tentang perkhidmatan yang ada di NADI kepada pihak sekolah bagi menawarkan tuisyen percuma kepada para pelajar dan juga berkaitan NADI-TinyTechies.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.