Kaunter Fizikal Pangkalan Data Utama (PADU)
20 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital (PEDi) Gunung Hilir telah terpilih sebagai kaunter fizikal PADU bermula pada 2 Januari hingga 31 Mac 2024. Sepanjang tempoh tersebut, operasi PEDi akan beroperasi dan semua aktiviti latihan yang telah dijadualkan di PEDi perlu dijalankan seperti biasa.
Kesemua Petugas PEDi telah ambil maklum dan faham akan peranan serta tanggungjawab mengenai pelaksanaan PADU di PEDi mengikut daerah yang telah ditetapkan. Antara peranan staf PEDi adalah membantu membuat hebahan kepada komuniti setempat ketika wakil DOSM hadir untuk membuka kaunter fizikal PADU di PEDi. Bekerjasama dengan wakil DOSM merancang pendaftaran secara berkala (berjadual) di kaunter PADU bagi mengelakkan kesesakan di PEDi atau tempoh menunggu giliran yang terlalu lama. Membantu komuniti setempat untuk berhubung dengan nombor yang dibekalkan oleh DOSM untuk sebarang bantuan teknikal yang diperlukan.
Keperluan Semasa Pelaksanaan Kaunter Fizikal PADU di PEDi adalah ruangan yang disediakan di PEDi untuk kaunter PADU. 2 hingga 5 unit komputer sedia ada di PEDi khusus untuk kaunter PADU dengan capaian Internet yang stabil.
Sepanjang berlangsungnya kaunter fizikal, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah (JAPEN Kedah) bersama-sama Jabatan Perangkaan, Pengarah DOSM Kedah iaitu Puan Nadia binti Marzuki telah bersama-sama terlibat dalam liputan (PADU) di PEDi diikuti dengan responden orang ramai yang hadir mengemaskini pangkalan data utama (PADU).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: