Pembukaan Kaunter Bergerak Akaun Tabung Haji
29 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2024, Rabu pihak Tabung Haji dari cawangan Alor Setar dengan kerjasama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gunung Hilir telah mengadakan Program Pembukaan Kaunter Bergerak Akaun Tabung Haji bersama komuniti setempat. Program ini bermula dari pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.
Program ini merupakan alternatif daripada pihak Tabung Haji untuk menjadikan kaunter Tabung Haji sebagai mobile bergerak. Ia bertujuan untuk memberikan perkhidmatan perbankan kepada komuniti di sekitar kampung Gunung Keriang secara mudah tanpa perlu menghadirkan diri ke cawangan Tabung Haji.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pembukaan akaun baharu dewasa/kanak-kanak bersama deposit serendah RM2.00, pendaftaran Haji dengan bayaran deposit sebanyak RM1300.00, Simpanan tunai, Kemaskini maklumat profil & penama, Pendaftaran THiJARI Online dan pendaftaran TH Khairat. Pelbagai khidmat nasihat turut diberikan oleh pegawai Tabung Haji kepada semua komuniti yang hadir pada hari tersebut.
Program Pembukaan Kaunter Bergerak Akaun Tabung Haji ini telah memberi impak yang positif kepada komuniti Kampung Gunung Hilir dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: