Booth PEDi Gunung Hilir Sempena Jamuan Hari Raya
23 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mei 2022, Sabtu PEDi Gunung Hilir dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) , KOSPEN dan Masjid Nurul Iman telah terlibat membuka Booth PEDi kepada komuniti dengan menganjurkan beberapa aktiviti yang bermanfaat. Setelah dua tahun pandemik, kini aktiviti bersama komuniti telah diadakan dengan cukup meriah. Antara aktiviti yang diadakan adalah, program e-waste kepada komuniti dan memberi penerangan tentang program tersebut. Selain itu, aktiviti kepada pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga pelajar tahfiz juga diadakan dengan kuiz klik dengan bijak (KDB). Pada pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang, komuniti dijemput untuk ke jamuan makan dengan pelbagai menu yang menarik seperti nasi berlauk, ketupat, laksa, bihun sup, cucur udang, ais krim dan tapai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: