dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Pemasaran Digital Bersama Giat Mara

13 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2021, Ahad sebanyak 5 buah Pusat Internet Komuniti Kota Setar dan Kubang Pasu (Maxis) dengan kerjasama Giat Mara Alor Setar dan Kuala Kedah telah mengadakan program keusahawanan melibatkan beberapa topik berkaitan bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Pusat Internet Komuniti yang terlibat adalah Gunung Hilir, Jerlun, Napoh, Pokok Sena dan Kodiang.

Antara topik yang diberikan adalah tajuk berkaitan Taklimat Perlindungan Data Peribadi, diikuti dengan Business Model Canvas, Pemasaran Digital, Teknik Pengiklanan Produk dan Pengenalan Kepada Shopee. Sesi berlangsung dari 10.00 pagi hingga 4.30 petang itu telah dihadiri oleh 69 pelajar beserta guru pengiring menerusi google meet.

Program sebegini dapat memberi peluang kepada Pusat internet Komuniti bagi membantu komuniti setempat tentang perkhidmatan dan program anjuran yang disediakan khasnya melibatkan para usahawan bagi menimba ilmu pengetahuan dan mendapat bimbingan tentang topik keusahawanan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.