Webinar PUPUK @ Shopee
15 Ogos 2021 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos dan 14 Ogos 2021, MCMC dengan kerjasama daripada pihak Shopee telah menganjurkan Webinar Pupuk@Shopee kursusnya kepada para usahawan yang dibawah seliaan Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai cara untuk mempromosikan perniagaan di dalam platform Shopee secara meluas. Kelas ini berlangsung secara dua sesi dengan menggunakan pautan webinar Shopee yang bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Antara pengisian yang dilakukan adalah memberi tunjuk ajar cara untuk memasukkan gambar-gambar produk, memasarkan kedai dan juga cara untuk menguruskan kewangan dari penjualan secara atas talian. Dengan adanya webinar seperti ini, di harap ia dapat membantu para usahawan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian melalui platform Shopee, iaitu platform Shopee bisnes e-dagang yang terbesar di Malaysia. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan perniagaan para usahawan terutamanya ketika negara di landa pandemik.
Para usahawan yang datang di Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir turut disarankan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka (3 ply) dan menjaga jarak fizikal walau dimana pun berada. Ini untuk mengelakkan dan menghentikan penularan wabak Covid- 19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: