dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

E-Kelas Live Tutorial Matematik PT3

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2020, Pusat Internet Gunung Hilir dapat meneruskan sesi Live Tutorial bagi bulan Oktober tahun ini yang diadakan khas buat para pelajar UPSR & PT3. Sesi tersebut telah diadakan secara live di Pusat Internet Gunung Hilir dan juga menerusi platform YouTube. Oleh itu, para pelajar yang tidak dapat hadir ke Pusat Internet boleh menyertai sesi Live Tutorial di rumah sahaja menggunakan YouTube.

Sesi Live Tutorial ini berlangsung selama 1 jam bagi matapelajaran Matematik khas buat adik-adik yang akan menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Para pelajar diberikan beberapa soalan berkaitan topik yang berkaitan. Guru dan para pelajar akan berbincang bersama mengenai soalan topik yang berkaitan dan cara menyelesaikan soalan dengan betul sepanjang sesi ini.

Seperti sedia maklum, Program eKelas ini telah dibawakan oleh Maxis secara percuma kepada pelajar-pelajar tahun 6 sehingga Tingkatan 5. Banyak manfaat yang dapat diperoleh melalui eKelas ini disamping para pelajar dapat mengisi masa lapang dihujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah dengan mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.